Kenali

Yayasan Baitulbayan

Visi

Impian Kami

Membentuk masyarakat yang menegakkan syiar Islam berteraskan aqidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pelajar Dewasa Baitulbayan

Misi

Perjuangan Kami

Pertama

Menjadi satu organisasi yang menganjurkan konsep pengajian ilmiah sepanjang hayat.

Kedua

Membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah.

Ketiga

Mencegah dan membanteras amalan-amalan yang menjurus kepada murtad dan syirik.

Keempat

Menubuhkan Madrasah Tahfiz dan Alim yang berteraskan pengajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sejarah

Yayasan baitulBayan

kelas-dewasa-sedang-berlangsung

Yayasan Baitulbayan (No Pendaftaran : PPAB – 49/2021) ditubuhkan pada 13 September 2021. Namun latar belakang ke arah penubuhannya bermula dengan Pertubuhan Penggiat Baitulbayan Batu Pahat, Johor ( Baitulbayan) yang ditubuhkan pada 3 Jun 2010 di bawah kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Dengan berteraskan pembangunan masyarakat Islam di Batu Pahat, Baitulbayan berusaha gigih memberi khidmat dengan penganjuran program dan aktiviti keilmuan dan Pengajian Islam.

Dengan pengalaman selama 4 tahun menjalankan aktiviti kelas-kelas Pengajian Islam bagi golongan dewasa yang diadakan di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, kini Baitulbayan telah melangkah ke arah pembangunan yang lebih baik iaitu telah menubuhkan Madrasah Tahfiz dan Alim Baitulbayan.

majlis-khatam-al-quran (9)
kelas-pengajian-dewasa-belajar

Oleh yang demikian, penubuhan Yayasan Baitulbayan ini akan dapat meningkatkan usaha Baitulbayan dengan lebih progresif dalam memajukan dan menyumbang ke arah pembangunan kerohanian dan keilmuan masyarakat.